Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Bunga (motif kait tampalan)

Jika anda seorang yang gemar mengait, anda selalunya akan mempunyai lebihan benang pelbagai warna. Pernahkah anda terfikir untuk memanafaatkan lebihan benang ini  dan menjadikannya sesuatu yang menarik dengan cara yang mudah. dibawah adalah cara-cara untuk membuat motif bunga dan daun yang anda boleh jahitkan kepada apa sahaja sebagai hiasan.Paten ini sungguh mudah dan tidak memakan masa serta menggunakan sedikit benang sahaja.

Simbol:
R=rantai(chain)
TP= tiang pendek (SC)
TS=tiang separuh (HDC)
T=Tiang(DC)
TT=tiang tinggi (TR)

Bahan-bahannya:
benang kait dua warna(satu warna untuk daun dan satu untuk bunga). anda boleh gunakan sebarang jenis benang. untuk sampel ini saya menggunakan benang halus dari jenama minlon yang selalu digunakan untuk alas meja atau lapik belakang kerusi (chairback) dan untuk daun pula saya menggunakan benang cotton DMC yang selalunya di gunakan untuk sulaman.Anda jua boleh gunakan benang bulu kambing biasa dan hasilnya lebih menarik lagi.

Cara-caranya:

Bunga:

1. Kait 5 R dan bentukkan menjadi satu gelung dengan menyelitkan R ke5 kedalam R pertama.

2. Kait 8 R dan bina satu T didalam R ke-4 dari jarum. kait satu T untuk setiap 5 R dan matikan dengan menyelitkan kedalam gelung 5 R tadi.

3. Ulang langkah dua sehingga 5 kelopak bunga terhasil. matikan dan potong benang.

 

 

Batang dan daun:

1. Kait 15 R.

2. Kait TP kedalam R ke2 dari jarum. Kait TS dalam R berikutnya, kait  3 T dalam 3 R berikutnya. Kait 3 TT kedalam  3 R berikutnya. kait 3T kedalam 3 R berikutnya. kait TS didalam R berikutnya, kait TP kedalam Rberikutnya, selitkan kedalam R terakhir.

3. ulang langkah 2 untuk daun sebelah lagi. ini menjadikan 15 rantai asas yang anda kait dalam langkah 1 tadi sebagai tulang belakang daun.

4. untuk batang kait R sepanjang mana yang ada suka dan kait TP untuk setiap R.

Cadangan:
Anda boleh mencantumkan gugusan beberapa kuntum bunga dan beberapa helai daun dan tambahkan riben untuk mendapatkan satu gubahan bunga yang menarik. Anda juga boleh menjahit beberapa kuntum bunga pelbagai warna secara bertabur pada bahagian hadapan baju kanak-kanak yang tidak bercorak untuk mencantikkannya.

Selamat mencuba.

Untuk pattern bergambar  dan sampel sila berkunjung ke http://www.melur.com. sebarang ralat dan komen , sila emailkan kepada nor@melur.com.